Menghilang dan ditemui semula Ariff Alfian Rosli

Pada 14 Disember 2011, Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci Ariff Alfian kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Ireland. Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya kerana terikat dengan akta tersebut. Status Ariff Alfian di Dublin sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di negara ini.

Sejak 2009, bapanya, Rosli Haron (56 tahun) cuba mengesan lokasi anaknya yang putus hubungan tetapi gagal. Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya. Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra telah menerima laporan kehilangan pada 2009. Rosli Haron adalah pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkhidmat selama 31 tahun.


Dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Malangya Ariff Alfian tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya. Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa mahukan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada Petronas , masyarakat Malaysia di Dublin. Pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.Tapi Jun 2009, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.[2]